Persekitaran

Sesuai dengan konsep alam semulajadi, persekitaran restoran dan resort kami dipenuhi dengan landskap semulajadi seperti sungai, pokok nipah, pokok bakau dan hidupan sungai. pengunjung yang datang kesini berpeluang melihat ikan sumpit, ikan lembing dan pelbagai ikan lain berenang di sekeliling restoran terapung. Satu nostalgia yang tidak dapat dilupakan oleh pengunjung yang pertama kali ke Cerana Villa Resort.


 Dari restoran terapung kami. Pengunjung dapat menyaksikan panorama petang dan senja yang berlabuh dengan tenang dan damai. Menjamu selera sambil menikmati keindahan alam amat menyeronokkan. Sambil menikmati ikan bakar istimewa, dan membasah tekak dengan teh tarik tsunami, kami pasti anda akan berpuas hati.